Penjara Keluar Masuk

Salam(sila baca assalamu'alaikum)

Sekarang aku tgh break dalam penjara keluar masuk, penjara ni spesial sebab kena penjara tapi boleh keluar masuk. Dulu aku panggil penjara 8 jam atau 12 jam tapi dulu tak boleh keluar masuk sesuka hati. Dah lama aku dok kat penjara ni.....dari feb 2008.... Alhamdulillah semuanya smooth...Hopefully until the end InsyaAllah....

Dah lama tak update blog ni, aku ada lagi lebih kurang 20min utk aku tulis blog ni legally kat penjara ni. Last aku update tahun lepas adalah on first Feb 2013 bertajuk Maulid : Athar / hadis yang tidak jelas. Sejak aku mendapat hidayah dari Allah lebih kurang tahun 2010 rasanya, aku mula hanya menulis/curik info tentang agama dan muatkan dalam blog. Berharap ia menjadi saham aku diakhirat kelak. Semoga ia menjadi kenyataan.

Actually i dont really care kalau orang tak baca blog aku(but sometime i care hahaha)...  nak promote segan plak... ada la beberapa kali aku post kat facebook.... tu pun sbb aku nak share info pasal agama(tapi kadang2 sbb lain gak)....

Dulu aku berjinak-jinak dengan blog ni adalah antara dua:

1. buat duit( google adsense)
2. just nak buat luahan hati dan akal disini...

Google Adsense dah lama aku tinggalkan, aku pernah dapat payment 100USD.... tu first and last payment aku pernah receive.

Reason no 2 sebenarnya adalah reason utama aku... Jika dirujuk kembali post aku yang last(waktu sebelum mendapat hidayah utk mendalami agama) adalah post untitled ...dan kalau baca balik post-post sebelum tu, semua berdasarkan perasaan jiwa dan akal ketika tidak mendalami agama islam yang sebenar. Now im different but hope maintain in this condition until the last breathe. InsyAllah....

dalam dua tiga menjak ni aku rasa macam kosong atau stuck, so terfikir untuk menulis blog kembali dan ingin banyak membaca kembali especially Al Quran dan Hadis....dan Aku rasa akan menulis dengan gaya dahulu tetapi dengan pendekatan berbeza dimana ku yang dulu bukanlah yang sekarang...hehehe InsyaAllah.....

ada lagi 3 minit utk aku taip(jika ada perkataan menulis/tulis dalam perengan sebelum ini sila baca taip sbb tu apa yang actually aku buat) so dengan ini aku akhiri dengan post ini dengan Bismillahirrahmannirrahim semoga segala post post akan datang lebih bermanfaat dan mendapat redha Allah SWT....InsyaAllah.....

Ulasan

Catatan Popular