kutaipblogku
Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ‘ Agama itu adalah nasihat. ‘ Kami sekelian bertanya : ‘ Untuk siapa ? ‘ Maka jawab Rasulullah SAW : ‘ Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. ‘
Ahad, 19 Februari 2012
From Allah With Love :)
Ahad, 25 Disember 2011
Zindagi
HATI dan AKAL
Dah lama tidak menulis blog mengikut kadar pengiraan hati dan akal ..... herm.... adakala rasa ditahan untuk meluahkan ada kalanya berkobar kobar untuk meluahkannya...
Setiap kali ingin meluahkan sesuatu lalu terfikir apa gunanya aku meluah DI BLOG, FACEBOOK, TWEETER, DAN lain2.... bukankah ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA PENGASIH... herm.... Manusia itu diUJI imannya.....tidakkah begitu? :)
HIPOKRIT
tidak pernah aku terasa aku orang paling hipokrit didepan kawan-kawanku pada saat ini... tetapi manusia itu tetap berkehendak untuk bergaul walaupun tidak selalu tetapi cukuplah untuk men"isytihar"kan bahawa dia adalah MANUSIA.... tetapi bagi jiwa seorang MUSLIM yg MUKMIN apa yang patut ia berkehendak adalah hanya pada ALLAH.... adakah ada yang lain dapat memenuhi kehendak jiwa manusia selain ALLAH....TIDAK..... Cukuplah ALLAH untuk seorang MUKMIN .....
PILIHAN untuk HIDUP
kita dilahirkan didunia bukan dengan kehendak hati kita... dan mati juga bukan kehendak hati kita untuk bila kita mati.... pernah kita terfikir? adakah kita diberikan HAK untuk menentukan ingin hidup atau tidak? TIDAK itu bukan pilihan hati kita.... lalu kita dilahirkan untuk menjalani hidup ini untuk mencari sesuatu didalamnya dan pengakhirannya... bila akhirnya kehidupan ini ? kita tidak akan tahu selagi belum sampai saatnya... tetapi kebanyakkan kita lupa bahawa tandanya adalah MASA.... dimana MASA ini bersifat relatif .... adakalanya seseorang itu merasakan MASAnya berlalu begitu cepat.... adakalanya merasa MASANYA panjang... teringat tentang artikel seorang ulamak berkenaan KEBERKATAN MASA.... ya MASA...... iaitu TEMPOH dimana setiap orang memilikinya..
TEMPOH
ya ...didalam tempoh tersebut kita mengisinya dengan aktiviti dan kerja yang kita SUKA, TIDAK SUKA, TERPAKSA, dan HARUS melakukannya... herm.... ada manusia yang sibuk dengan aktivitnya sehingga ia merasakan tempoh untuk 24jam itu pendek baginya sehingga ia merasakan kalau boleh hendak ditambahkan beberapa jam lagi dalam sehari.... LAZIMnya orang sebegini hidup didalam DUNIA semata2.... tetapi didalam hidup seorang MUSLIM yang MUKMIN keberkatan masa itu penting baginya dan disetiap tempoh masa tersebut perlu mengisikan dengan perkara yang WAJIB diisi ... sebagaimana perintah ALLAH dan rasulNya untuk menunaikan SOLAT lima waktu yang berulang-ulang setiap hari... dimana setiap kali selesai melaksanakannya ia akan menunggu dan berjaga2 untuk melaksanakan yang seterusnya sehingga KEWAJIPAN ITU DICABUT darinya....iaitu MATI....
MATI
pengakhiran kehidupan seseorang manusia itu adalah MATI... iaitu kesudahan bagi tempohnya DIDUNIA.... yang LAZIMnya manusia itu tidak menyedarinya...lalu kita akan diKUBURkan... lalu menunggu kebangkitan KEHIDUPAN ABADI.....yang sama ada BAHAGIA dan PUAS atau TERSEKSA dan DUKA..... sesungguhnya ALLAH itu tidak zalim bahkan manusia itu zalim pada dirinya....bagaimana ALLAH itu zalim sedangkan ALLAH telah menyediakan tempoh yang sesuai bg seseorang manusia itu didunia dan menyediakan peringatan dari RasulNYA dan kitabNya... apakah dia(manusia) memanfaatkannya atau membazirkan MASAnya... sebagaimana telah diingatkan oleh ALLAH didalam surah al-'asr...
ALLAH berfirman yang bermaksud:
Demi Masa! (Al-'Asr 103:1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - (Al-'Asr 103:2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr 103:3)
KEHIDUPAN SELEPAS MATI
Subhanallah ...tiada sesiapa yang dapat menjangkau suasana kehidupan selepas mati itu...tiada siapa yang dapat menjangkaunya.... setiap manusia yang hidup itu tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas ia mati... tidak kisah sama ia muslim atau bukan muslim.... pasti ada yang tertanya soalan begini... dan bagi seorang MUSLIM dan MUKMIN ia menyakini bahawa dia akan dibangkitkan oleh ALLAH didalam keadaan sesuai mengikut ketetapan ILAHI baginya... lalu akan ditimbang akan amal baik dan buruknya oleh ALLAH dan diberikan kepadanya balasan setimpal baginya.... Dan apakah pengharapan bagi seorang MUSLIM atas dirinya sendiri?
PENGHARAPAN
Bg seseorang manusia itu hidup ini adalah dengan harapan...dan setiap manusia itu berbeza beza pengharapannya... sebagaimana sesetengahnya berharap dirinya sentiasa bahagia dan tiada duka... ada yang berharap sentiasa kaya... ada yang berharap dicintai oleh orang yang ia cintai dan bermacam-macam lagi...
tp bagi diri seorang MUSLIM yang MUKMIN pengharapan didalam dirinya adalah KeREDHAAN tuhannya keatas dirinya ...tidak kisahlah apa yang berlaku didalam dirinya sama ada dilukai, dicemuh, dipuji, dipulau, dicintai dan mencintai dan sebagainya perasaan dalam menjalani kehidupan ini... yang dimana jika tidak ada keredhaan ILAHI keatas dirinya semasa menjalani kehidupan dunia ini sehingga akhirnya maka tiada gunanya ia dihidupkan didalam dunia ini...SubhanALLAH...apakah terdapat selain dari pengharapan ini ya ALLAH.... CUKUPLAH ALLAH bagi diri ini...Janganlah Engkau ya ALLAH menyerahkan diri ini pada diriku ini.... sesungguhnya tidaklah ia dapat menjalani kehidupan ini tanpa pertolongan MU ya ALLAH .....HasbunALLAH wani'yakmal waqil...
wala haulawala kuw wata illa billa ....
Sabtu, 5 November 2011
9hb. Zulhijjah 1432
Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.
Rabu, 2 November 2011
Ahad, 30 Oktober 2011
Rabu, 26 Oktober 2011
Sembahyang di Mall + Hadis Tentang Solat

Nabi SAW Bersabda : Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)
Selasa, 18 Oktober 2011
Khaulah Binti Tsa’labah (Wanita Yang Aduannya Didengar Allah Dari Langit Ketujuh)

Beliau adalah Khaulah binti Tsa`labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau tumbuh sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a yang mana beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang disertai Rasulullah saw. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak lelaki yang bernama Rabi`.
Pada suatu hari, Khaulah binti Tsa`labah melihat suaminya Aus bin Shamit di dalam keadaan bermasalah yang membuat Aus marah, dia berkata, “Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus keluar setelah menyebutkan perkataan tersebut dan duduk bersama orang-orang beberapa lama lalu dia masuk dan ingin melakukan hubungan seksual bersama isterinya, Khaulah. Akan tetapi, oleh kerana kesedaran hati dan kehalusan perasaan, maka Khaulah menolak untuk bersama suaminya sehingga hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi di dalam sejarah Islam. Khaulah berkata, “Tidak…jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku kerana engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkankan terhadapku sehingga Allah dan Rasul-Nya lah yang memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita.”
Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu dia duduk di hadapan beliau dan menceritakan peristiwa yang menimpa di antara dirinya dan suaminya. Khaulah berkeinginan untuk meminta fatwa dan berdialog dengan nabi tentang urusan tersebut. Rasulullah saw bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.”
Wanita mukminah ini mengulangi perkatannya dan menjelaskan kepada Rasulullah saw apa yang akan menimpa dirinya dan anaknya jika dia wajib bercerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab, “Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya”.
Sesudah itu wanita mukminah ini senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Kedua matanya asyik menitiskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap kepada Yang tidak akan rugi sesiapapun yang berdoa kepada-Nya. Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku”.
Alangkah bagusnya seorang wanita mukminah seperti Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah saw dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah (meminta pertolongan) dan mengadu tidak ditujukan melainkan kepada Allah Ta`ala. Ini adalah bukti kejernihan iman dan tauhidnya yang telah dipelajari oleh para sahabat daripada Rasulullah saw.
Tiada henti-hentinya wanita ini berdo`a sehingga suatu ketika Rasulullah saw pengsan sebagaimana kebiasaannya beliau akan pengsan tatkala menerima wahyu. Kemudian setelah Rasulullah saw sedar kembali, beliau bersabda, “Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan al-Qur`an tentang dirimu dan suamimu kemudian beliau membaca firman-Nya (ertinya), 1. Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan Yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara Yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
2. Orang-orang Yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang Yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan Yang melahirkan mereka. dan Sesungguhnya mereka (dengan melakukan Yang demikian) memperkatakan suatu perkara Yang mungkar dan dusta. dan (ingatlah), Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
3. Dan orang-orang Yang “ziharkan” isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa Yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadaNya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum Yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara Yang mungkar itu). dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa Yang kamu lakukan.
4. Kemudian, sesiapa Yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. akhirnya sesiapa Yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang Yang kafir disediakan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. (al-Mujadalah:1-4)
Kemudian Rasulullah saw menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarat (tebusan)Zhihar:
Nabi : Perintahkan kepadanya (suami Khansa`) untuk memerdekan seorang hamba.
Khaulah : Ya Rasulullah dia tidak memiliki seorang hamba yang boleh dia bebaskan.
Nabi : Jika demikian perintahkan kepadanya untuk puasa dua bulan berturut-turut
Khaulah : Demi Allah dia adalah lelaki yang tidak mampu melakukan puasa.
Nabi : Perintahkan kepadanya memberi makan dari kurma sebanyak 60 orang miskin
Khaulah : Demi Allah ya Rasulullah dia tidak memilikinya.
Nabi : Aku bantu dengan separuhnya
Khaulah : Aku bantu separuhnya yang lain wahai Rasulullah.
Nabi : Engkau benar dan baik maka pergilah dan sedekahkanlah kurma itu sebagai kafarat baginya, kemudian bergaulah dengan anak pakcikmu itu secara baik.” Maka Khaulah pun melaksanakannya.
Inilah kisah seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada pemimpin anak Adam a.s yang mengandungi banyak pelajaran di dalamnya dan menunjukkan ketinggian wanita beriman dan keberanian mereka bagi mendapatkan hak mereka.
Ummul Mukminin Aisyah ra berkata tentang hal ini, “Segala puji bagi Allah yang Maha luas pendengaran-Nya terhadap semua suara, telah datang seorang wanita yang mengajukan soalan kepada Rasulullah saw, dia berbincang-bincang dengan Rasulullah saw sementara aku berada di samping rumah dan tidak mendengar apa yang dia katakan, maka kemudian Allah Azza Wa Jalla menurunkan ayat, “Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad)…” (Al-Mujadalah: 1)
Inilah wanita mukminah yang dididik oleh Islam yang menghentikan Khalifah Umar bin Khaththab r.a saat berjalan untuk memberikan nasihat kepadanya. Beliau berkata, “Wahai Umar! aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan seksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia akan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah.” Beliau katakan hal itu sementara Umar Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar perkataannya.
Akan tetapi al-Jarud al-Abdi yang menyertai Umar bin Khatthab tidak tahan lalu berkata kepada Khaulah, “Engkau telah bercakap banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan perkataannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya.”
Dalam riwayat lain Umar bin Khatthab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasihatnya kepadaku sehingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah masuk waktu shalat, maka aku akan mengerjakan shalat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.”
(SUMBER: buku Mengenal Shahabiah Nabi SAW., karya Mahmud Mahdi al-Istanbuly dan Musthafa Abu an-Nashar asy-Syalaby, h.242-246, penerbit AT-TIBYAN
Rabu, 14 September 2011
Hadis: Firman Allah 'Azza wa jalla kepada Adam, " Pisahkanlah Anak Cucumu yang Akan Dikirimkan ke Neraka, 999 Orang dari setiap 1000 orang!"
* jika ada non-muslim membacanya maka jika kamu tidak memahaminya sebenarnya kamu belum mempelajari tauhid islam. Wallahu'alam.
Jumaat, 5 Ogos 2011
SHAM KAMEKAZE sebuah coretan untuknya..
Setelah sekian lama aku banyak mendengar kisah-kisah sham kamikaze dan penghijrahannya...maka aku tersentuh dengan takdir Allah terhadap dirinya..
lalu hatiku berkata "PetunjukMu bukan mainan"...
aku merasa pasti ada disebut dalam al-quran dan hadis mengenai takdir Allah terhadap orang-orang berhijrah kepada kebaikkan...dan aku menjumpainya..supaya aku tidak terpegun dengan manusia tetapi biarlah aku terpegun dengan kuasaNya yang mentadbir sekalian alam... sebagaimana Allah memberi petunjuk hidayahNya kepada orang yang dikehendakiNya...Semoga kita juga mendapatkannya dan beristiqamah dan disayangi serta diredhai olehNya..
Allah berfirman yang bermaksud:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (A-li'Imraan 3:103)
Hadis pertama dalam Hadis 40 Imam Nawawi
Isnin, 4 Julai 2011
BERSIHnyerr 2.0 v
..melihat keadaan yang ada, saya ingin cadangkan beberapa perkara kepada pihak BERSIH;
1. Terima sahaja tawaran PM untuk buat di stadium dengan meminta wakil Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut. Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan.
2. BERSIH mungkin boleh ganti dengan melancarkan Minggu BERSIH dengan meminta rakyat mengibarkan bendera Malaysia dalam minggu tersebut atau memakai petanda kuning atau selainnya-tidak semestinya ditulis BERSIH-. Dengan itu lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan 'pilihanraya yang adil'. Juga mungkin mereka yang anti-pembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai. Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah. Jika buat perhimpunan dan polis larang hadir, lalu jumlah yang diharapkan tidak diperoleh, maka itu 'defeat the purpose'.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
-—------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan kamu lupa akan Allah setiap masa kamu diperhatikan olehNya..
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. 49:6)
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Al-Maidah : ayat 8).
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu sekalian untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan ( menyuruh kamu ) apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(An-Nisa’ : ayat 58)
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(An-Nissa : ayat 135)
BERSIHnyerrr
Herm.... Sekarang kecoh pasal bersih... Sampai roadblock polis pon dah menyebabkan kesesakkan lalu lintas..
Secara umumnya, posting kali ini hanyalah untuk memberitahu pendapat saya dan bukan bermaksud menyokong atau membantah perhimpunan tersebut...
Sebagai rakyat sememang nya, kita perlu secara adil mengadili situasi keadaan negara kita yang mengunakan sistem demokrasi...
Tidak boleh kerana kita pro sesuatu parti maka kita berat sebelah.. Itu tidak adil dan boleh mengundangkan permusuhan sesama manusia sama ada seagama atau tidak... Islam mengajar kita untuk berlaku adil dan bukan menurut emosi dan nafsu semata2..
Ada pihak mengunakan dalil "HARAM" demontrasi untuk kepentingan politik.. Jika dalil itu benar sekalipun, perlaksanaannya perlulah adil...
Jika tindakan darurat hanya dikenakan kepada sesuatu pihak tetapi pihak yang lain dibenarkan pula maka nampak sangat ketidak telusan dan tidak amanah pada kuasa..
Politik di Malaysia ini jika kamu mengikut trendnya adalah berdasar trick dan helah dan strategi yg halus serta mengunakan psikologi yang teratur bagaimana untuk brainwashkan otak rakyat ... Tak semestinya apa yg dikatakan oleh pihak pembangkang semuanya itu betul dan tidak semestinya apa yang di warwarkan oleh kerajaan itu semuanya betul... Kebanyakkan rakyat hanya dengar2 imbas dan terus judge dgn sekali dgr tanpa menyiasat apa yg terjadi...
Jika kamu benar2 mengikuti perkembangan pehimpunan yg dikatakan akan diadakan pada 9 julai ini pasti tahu jalur ceritanya secara teratur.. Jika kamu perhatikan jalan ceritanya... Objektif perhimpunan tersebut seperti tidak ada salahnya selagi ia dibuat secara baik dan teratur.. Tetapi setelah campur tgn pihak NGO yg melampau kononya akan menentang secara fizikal jika keadaan memaksa telah menimbulkan huruhara dan bersifat perkauman... Lalu dari situlah kerajaan campur tgn dan ada pihak memanipulasikan atas kepentingan politik masing2. Sekarang kebanyakkan pertubuhan NGO bukanlah bebas dari politik bahkan dilahirkan dari background parti politik2 tertentu...
Dan kebimbangan aku adalah aku kuwatir oleh kerana perbezaan fahaman politik maka akan memecah belahkan umat islam dan mengundang keburukan dari kebaikkan... Jadi rakyat perlu matang dan jgn mengadili dgn nafsu serta emosi... Timbanglah ia dgn neraca al-quran dan as-sunnah... Jgnlah kamu menyokong sesuatu pihak itu atas dasar kaum semata2, parti semata2 dan kepentingan peribadi.. Sokonglah selagi ia berlandaskan al-quran dan as-sunnah...
Wallahu'alam
Sabtu, 30 April 2011
Seksi ke Seksa : versi AURAT tapi Jangan Mengorat
Pandangan Zahir Seorang Hamba terhadap kaum Hawa yang beragama Islam..
Kategori org yang tak berhijab:
1. Org yg cantik : menunjuk-nunjuk kecantikkan...(sombong, riak, takabur..)..
2. Org yg tak cantik : perasaan diri cantik bila tak berhijab.. padahal kalau dia berhijab, ALLAH nak tutup kelemahan dia....tapi sebab dia sengaja tak mau berhijab... nampak cam org jahil atau BODOH SOMBONG....
3.Orang yang ikut-ikutan : ni jenis lahir-lahir taktau apa-apa .....ikut situasi..bila pakai tudung ..dia pon pakai la....bila geng dia takpakai...dia pon tak pakai la...HIPKORIT DAN JAHIL
Orang yang pakai berhijab tapi sexy :
1. Orang yang jahil...
2. Kononnya nak kata dia follow agama padahal agama ikut pemikiran sendiri bukan ikut al-quran dan hadis..
3. Orang yang ikut-ikutan. ni jenis yang tau agama tapi jenis ikut trend orang jahil padahal dia tau tu salah...
apalagi situasi yang ada?
*RAMAI sebenarnya takut nak berubah buat yang cara yang pakai yang betul sebab takut ORANG KATA KAT DEPA.... ni la perangai ramai2 manusia "yang tau kena buat tapi tak buat" dan yang taktau tu lain cerita la.......
dituju khas untuk yang WAJIB berhijab... sila la muhasabah diri..ni saya guna bahasa kg....untuk mengatakan saya ni hidup dikalangan kamu jugak..
yang baik itu dari ALLAH... salah dan silap adalah dari saya dan minta maaf la ek jika ada terkasar bahasa... anggaplah ini sebagai teguran untuk improvekan/tingkatkan ETIKA BERPAKAIAN DI KHALAYAK RAMAI...
*kalau tak terkesan pada yang ada dikategorikan seperti di atas.. herm.. takut-takut hati dah keras dah..so mintalah Do'a hati yang baru..
kata-kata daripada Saidina Ali r.a ; "Sekiranya hatimu rosak, jangan bazirkan masamu untuk berdoa agar Allah perbaiki hatimu, sebaliknya berdoalah agar Allah tukarkan hatimu dengan hati yang baru".
"...di dalam dirimu, ada segumpal daging yang jika ia baik, baiklah seluruh tubuh ini. Dan jika ia buruk, maka buruklah seluruh tubuh ini. Ketahuilah, ia adalah hati/jantung"- Hadis mutafaqun alaih.
Wallahu'alam
Ahad, 27 Mac 2011
Wahai Wanita Bersedekahlah ...
Isnin, 7 Mac 2011
TIDAK WAJIB TERIKAT DENGAN MAZHAB
Rujukan: http://www.facebook.com/home.php#!/note.php?note_id=182596151784212&id=279290772989
Rabu, 16 Februari 2011
Kisah Nabi Muhamad SAW, Aishah dan Do'a
Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”
*Nabi kasihkan kita...
*Kasihkan Nabi dengan menghidupkan sunnahnya...tahukah kamu apa itu sunnahnya?
Isnin, 3 Januari 2011
Contohi Al-Imam Nawawi
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
diceduk dari:http://www.facebook.com/notes/drmazacom/contohi-al-imam-al-nawawi/167252013318626
Selasa, 21 Disember 2010
MUSLIM>MUNAFIK>FASIK>KAFIR
1. Muslim= orang yang beragama islam(tunduk dan patuh undang/hukum syariat Islam)
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
2. Munafik= orang islam yang hipokrit, berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu."
3. Fasik= orang yang engkar akan perintah tuhan tetapi bersyahadah(menyaksikan). antara ciri Golongan ini melakukan dosa secara terang-terangan ibarat dalam negara ini tiada HUKUM/Undang syariat Islam. kita boleh melihat banyak ciri-ciri ini dinegara ini.
“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.”
( Al-Maidah 5: 47).
4. Kafir=orang yang tidak mempercayai dan menolak ISLAM
"Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman." (Al-Baqarah 2:6)
5. Orang yang murtad adalah melalui proses
Muslim>Munafik>Fasik>Kafir/MURTAD
5. Bagaimana seorang muslim boleh menjadi kafir(MURTAD).... pasti ada penyebab berlakunya proses penukaran tersebut...begitu juga dengan masalah Akhlak serta akidah umat Islam dinegara ini.... bagi aku perkara ini terjadi apabila terdapat "KELONGGARAN" perundangan/HUKUM ISLAM dalam perlaksanaanNYA maka ia adalah penyumbang terbesar dalam hal masalah AQIDAH/AKHLAK ummat islam dinegara ini
7. Akibat dari "KELONGGARAN" perlaksanaan HUKUM lah akibat terjadinya banyak masalah akhlak dan Aqidah umat islam. Jika dipecahkan dan serta huraikan masalah akhlak dan aqidah umat islam.... pasti ramai yang malas nak baca...apatah lagi amat jauh rakyat mahu BANGKIT dan BERTINDAK... hermmm ...renung-renungkanlah ...betullah kata orang cina "MELAYU BANGSA PEMALAS"....mereka bersangka "jika masuk ISLAM macam Masuk MELAYU" jadi mereka takut ISLAM sbb takut jadi MALAS atas sebab ramai melayu PEMALAS.
8. Ada seorang india yang suka berforum dengan aku mengenai dengan masalah akhlak dan masalah negara... aku nyatakan ISLAM adalah agama ADIL dan menyuruh kepada kebaikkan.. bla bla bla... maka dia dapat menerimanya tetapi dia mempersoalkan sesuatu " kenapa masih terdapat lagi banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku dlm agama islam?" lalu aku ckp kepadanya " ini adalah masalah PERLAKSANAAN" maka dia membalas.."itulah masalahnya!!!"... kata-katanya itu sudah menunjukkan dia juga mengetahui bahawa PERLAKSANAAN dalam negara ini adalah dalam keadaan AMAT KRITIKAL....bagaimana orang bukan islam nak menerima ISLAM jika kita masih ditakuk lama ...menyalahkan sesama sendiri dalam bidang kepimpinan... kita sepatut sudah lama dalam proses PERLAKSANAAN dan sepatutnya semenjak tubuhnya kerajaan ini maka skarang PEMANTAPAN PERLAKSANAAN sudah nampak jelas tetapi sebaliknya berlaku...jika kau meletak peratusan perlaksanaan maka kita masih dalam 20%. 80% entah hilang kemana..... renung-renungkanlah ek
.Wallahu 'alam
*INGAT aku bukan PAS/PEMBANGKANG/UMNO/AHLI POLITIK ...aku hanyalah rakyat biasa yang bersuara atas kajian aku sendiri
Rabu, 15 Disember 2010
Al-kisah Sayangnya Nabiku Muhammad SAW
Musa bin Uqbah menyebut di dalam kitab 'Al-Maghazi' dari Ibnu Syihab katanya, bahwa Rasulullah SAW apabila pamannya, Abu Thalib, meninggal dia keluar menuju ke Tha'if dengan harapan agar penduduknya akan melindunginya di sana. Maka beliau menemui tiga pemuka Tsaqif, dan mereka itu bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Khubaib dan Mas'ud dari Bani Amru. Beliau menawarkan mereka untuk melindunginya serta mengadukan halnya dan apa yang dibuat oleh kaumnya terhadap dirinya sesudah kematian Abu Thalib itu, namun bukan saja mereka menolakbeliau, tetapi mereka menghalaunya dan memperlakukan apa yang tidak sewajarnya.(Fathul Bari 6:198 - dari sumber Ibnu Ishak, Shahjh Bukhari 1:458, dan berita ini dikeluarkan juga oleh Muslim dan Nasa'i).
Abu Nu'aim memberitakan dengan lebih lengkapl dari Urwah bin Az-Zubair ra. katanya: Apabila Abu Thalib meninggal, maka semakin bertambahlah penyiksaan kaum Quraisy ke atas Nabi SAW Maka beliau berangkat ke Tha'if untuk menemui suku kaum Tsaqif dengan harapan penuh, bahwa mereka akan dapat melindunginya dan mempertahankannya. Beliau menemui tiga orang dari pemuka suku kaum Tsaqif, dan mereka itu pula adalah bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Kbubaib dan Mas'ud, semua mereka putera-putera dari Amru, lalu beliau menawarkan dirinya untuk diberikan perlindungan, di samping beliau mengadukan perbuatan jahat kaum Quraisy terhadap dirinya, dan apa yang ditimpakan ke atas pengikut-pengikutnya. Maka berkata salah seorang dari mereka: Aku hendak mencuri kelambu Ka'bah, jika memang benar Allah mengutusmu sesuatu seperti yang engkau katakan tadi?! Yang lain pula berkata: Demi Allah, aku tidak dapat berkatakata kepadamu, walau satu kalimah sesudah pertemuan ini, sebab jika engkau benar seorang Utusan Allah, niscaya engkau menjadi orang yang tinggi kedudukannya dan besar pangkatnya, tentu tidak boleh aku berbicara lagi kepadamu?! Dan yang terakhir pula berkata: Apakah Allah sampai begitu lemah untuk mengutus orang selain engkau? Semua kata-kata pemuka Tsaqif kepada RasuluUah SAW itu tersebar dengan cepat sekali kepada suku kaumnya, lalu mereka pun berkumpul mengejek-ngejek beliau dengan kata-kata itu.
Kemudian ketika beliau hendak pergi meninggalkan Tha'if itu, mereka berbaris di tengah jalannya dua barisan, mereka mengambil batu, lalu melempar beliau, setiap beliau melangkahkan kakinya batu-batu itu mengenai semua tubuh beliau sehingga luka-luka berdarah, dan sambil mereka melempar, mereka mengejek dan mencaci. Setelah bebas dari perbuatan suku kaum Tsaqif itu, beliau terlihat sebuah perkebunan anggur yang subur di situ. Beliau berhenti di salah satu pepohonannya untuk beristirahat dan membersihkan darah yang mengalir dari kaki dan tubuhnya yang lain, sedang hatinya sungguh pilu dan menyesal atas perlakuan kaum Tha'if itu.
Tidak lama kemudian terlihatlah Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabi'ah yang baru sampai di situ. Beliau enggan datang menemui mereka, disebabkan permusuhan mereka terhadap Allah dan RasulNya dan penentangan mereka terhadap agama yang diutus Allah kepadanya. Tetapi Utbah dan Syaibah telah menyuruh hamba mereka yang bemama Addas untuk datang kepada beliau membawa sedikit anggur untuknya, dan Addas ini adalah seorang yang beragama kristen dari negeri Niniva (kota lama dari Iraq). Apabila Addas datang membawa sedikit anggur untuk beliau, maka beliau pun memakannya, dan sebelum itu membaca 'Bismillah!' Mendengar itu Addas keheranan, kerana tidak pernah mendengar orang membaca seperti itu sebelumnya.
'Siapa namamu?' tanya Nabi SAW 'Addas!' 'Dari mana engkau?' tanya beliau lagi. 'Dari negeri Niniva!' jawab Addas. 'Oh, dari kota Nabi yang saleh, Yunus bin Matta!' Mendengar jawaban Nabi itu, Addas menjadi lebih heran dari mana orang ini tahu tentang Nabi Yunus bin Matta? Dia tidak sabar lagi hendak tahu, sementara tuannya Utbah dan Syaibah melihat saja kelakuan hambanya yang terlihat begitu mesra dengan Nabi SAW itu. 'Dari mana engkau tahu tentang Yunus bin Matta?!' Addas keheranan. 'Dia seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama kepada kaumnya,' jawab beliau. Beliau lalu menceritakan apa yang diketahuinya tentang Nabi Yunus AS itu, dan sudah menjadi tabiat beliau, beliau tidak pernah memperkecilkan siapa pun yang diutus Allah untuk membawa perutusannya. Mendengar semua keterangan dari Rasulullah SAW Addas semakin kuat mempercayai bahwa orang yang berkata-kata dengannya ini adalah seorang Nabi yang diutus Allah. Lalu dia pun menundukkan kepalanya kepada beliau sambil mencium kedua tapak kaki beliau yang penuh dengan darah itu.
Melihat kelakuan Addas yang terakhir ini, Utbah dan Syaibah semakin heran apa yang dibuat sang hamba itu. Apabila kembali Addas kepada mereka, mereka lalu bertanya: 'Addas! Mari ke mari!' panggil mereka. Addas datang kepada tuannya menunggu jika ada perintah yang akan disuruhnya. 'Apa yang engkau lakukan kepada orang itu tadi?' 'Tidak ada apa-apa!' jawab Addas. 'Kami lihat engkau menundukkan kepalamu kepadanya, lalu engkau menciurn kedua belah kakinya, padahal kami belum pemah melihatmu berbuat seperti itu kepada orang lain?!' Addas mendiamkan diri saja, tidak menjawab. 'Kenapa diam? Coba beritahu kami, kami ingin tahu?' pinta Utbah dan Syaibah. 'Orang itu adalah orang yang baik, dia menceritakan kepadaku tentang seorang Utusan Allah atau Nabi yang diutus kepada kaum kami, 'jawab Addas. 'Siapa namanya Nabi itu?' 'Yunus bin Matta' jawab Addas lagi. 'Lalu?' 'Dia katakan, dia juga Nabi yang diutus!'Addas berkata jujur. 'Dia Nabi?!' Utbah dan Syaibah tertawa terbahak-bahak, sedang Addas mendiamkan diri melihatkan sikap orang yang mengingkari kebenaran Allah. 'Eh, engkau bukankah kristen?' 'Benar,'jawab Addas. 'Tetaplah saja dalam kristenmu itu! Jangan tertipu oleh perkataan orang itu!' Utbah dan Syaibah mengingatkan Addas. 'Dia itu seorang penipu, tahu tidak?!' Addas terus mendiamkan dirinya . Sesudah itu, Rasuluilah SAW kembali ke Makkah dengan hati yang kecewa sekali. (Dala'ilun-Nubuwah, hal. 103)
Rujukan: http://takazakisah.blogspot.com/2010/02/perjalanan-ke-thaif.html
Sabtu, 13 November 2010
Kisah Luqman serta Telatah Manusia
Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata :
“Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki baghalnya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu dan kembali berjalan.
Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula :
"Sungguh biadab budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang baghal itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi :
"Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal, alangkah siksanya baghal itu membawa beban yang berganda."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari baghal itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata :
"Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!"
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya :
"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."
Isnin, 8 November 2010
Allah Mengisytiharkan PERANG
Riba dari apa yang ALLAH katakan dalam al-quran....
Firman Allah yang bermaksud:
"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa." (Al-Baqarah 2:279)
Sebelum ni aku dah ada post pasal RIBA dan DOSA nya sila rujuk sini----> RIBA
Riba amat meluas dipraktik didunia sekarang. Jika kamu boleh tanya manusia dalam malaysia ni. Sapa pernah buat pinjaman bank?mesti ramai ckp pernah buat....cuba tanya tau dak riba ? mesti jawab tau(tu pun pernah dengaq ja kot)....tau dak dalam bank konvensional ada riba? a'ah(mungkin konvensional pon taktau benda apa)... tau dak ada produk islamic untuk pembelian perumahan, kenderaan dan sebagainya? er er..tau skit skit je...(ni masalahnya ni)
Rasulullah S.A.W. mengingatkan dalam satu hadis yang cukup mendalam maksudnya :
Maksudnya; "Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya." (al-Tabrani, 7/158, al-Hakim)
Anda rasa darurat tak untuk setiap orang islam di malaysia yang perlukan duit untuk beli rumah, beli keta, buat perniagaan dan sebagainya, mengunakan loan konvensional(riba) ? pasti setiap orang ada jawapan subjektif mereka....dan ia adalah berdasar tahap mana ILMU ISLAM mereka dan IMAN mereka serta situasi mereka.....jika sikit ilmunnya dan imannya pasti dia akan membuat keputusan yang berdasarkan singkatnya ilmunya..
walaupun sebenarnya sudah berbuih-buih ulamak-ulamak malaysia memberi ilmu dan tunjuk ajar untuk membetulkan apa yang patut dibetulkan tapi ada sesetengah manusia tetap memilih yang haram untuk menjayakan keinginan mereka sendiri.....jumlah mereka itu tidak diketahui pulak...tetapi mengikuta jangkaan aku masih RAMAI yang tidak tahu mengenai riba dan cara mengelak dan menginggalkannya serta menghalangkannya....wallahu 'alam..
Ingat Setiap Budak akan menjadi Bapak/Emak...dan setiap pasangan akan melahirkan pasangan yang baru...jika ILMU anda tidak diturunkan kepada generasi akan datang maka kamu sendiri yang "mempercepatkan" kiamat itu berlaku.....walaupun tarikh dan kejadian sebenar hanyalah pada ILMU ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI ....anda perlu berusaha untuk menyelamatkan diri dan keluarga anda dari api neraka...
secara HUKUM ISLAM, RIBA ADALAH HARAM dan HUKUMNYA ADALAH BERDOSA KEPADA SESIAPA MENGAMBIL RIBA bagi orang islam.
Yang budak tolong belajar supaya nanti jadi bapak/emak yang dapat mendidik anak-anak anda dan juga sila beramal dengan ilmu semampu yang mungkin bagi diri kamu..
Yang Bapak/Emak sila belajar untuk memastikan keluarga anda selamat dari api neraka...tidakkah setiap manusia itu akan ditanya apa mereka lakukan didunia?
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim 66:6)
Semoga Allah melindungi kita dari api neraka....
Dibawah ada ceramah dari Ustaz Zaharuddin mengenai RIBA dan DOSANYA...dan serba sedikit kaedah meningalkannya,mengelakkannya, dan menghalangnya(dengan belajar)...Sebarkanlah untuk kebaikkan ummah...
Khamis, 4 November 2010
Kisah Ashabul Ukhdud
Pd masa dahulu raja-raja bergantung kpd ahli sihir utk mengukuhkan lagi takhta kerajaan mereka. Sihir digunakan oleh pemerintah utk menipu org ramai yg menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan selain drp Allah SWT.
Rasulullah SAW pernah menceritakan bhw pd zaman dahulu terdapat seorang raja yg mempunyai seorang tukang sihir yg sudah lanjut usianya. Tukang sihir ini berasa takut akan kehilangan ilmunya dan meminta agar raja tersebut mencari seorang budak yg bijak dan menonjol pd masa itu utk mewarisi ilmu dan kesesatannya. Raja itu menunaikan hajat tukang sihir tadi.
Ketika budak itu berulang alik dr istana, dia telah melalui satu tempat yg merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama) yg mana dia begitu tertarik kpdnya dan mendengar segala nasihat drp rahib tadi. Budak itu mengadu kpd rahib tersebut mengenai tindakan ahli sihir yg akan dikenakan terhadapnya jika dia terlewat krn belajar dgn rahib. Lalu rahib itu memberi cadangan iaitu jika tukang sihir itu bertanya ttg kelewatannya maka katakanlah bhw keluarganya telah menyekatnya dan jika ditanya oleh keluargamu maka katakanlah bhw tukang sihir telah menahannya yg menyebabkan dia lewat pulang.
Pd suatu hari budak tersebut terserempak dgn seekor binatang besar yg menahan dan menyekat org ramai yg mana ia kemungkinan seekor singa atau ular yg besar. Rentetan drp masalah ini, timbullah satu peluang bg budak tersebut utk menyelesaikan perkara di antara tukang sihir dan rahib bg mengetahui yg manakah di antara mereka berdua berada dlm kebenaran. Lalu dia pun mengambil seketul batu dan melontar kpd binatang tersebut dgn memohon kpd tuhan agar membunuh binatang tersebut jika sekiranya rahib itu lebih diredhaiNya berbanding dgn tukang sihir itu. Tiba-tiba binatang itu tersungkur dan rebah dgn lontaran tadi sedangkan org ramai menyangka bhw binatang tersebut tersungkur krn kelebihan drp ilmu sihir yg dipelajarinya.
Setelah rahib tersebut mengetahui bhw budak tersebut akan diuji krn telah memperlihatkan ilmunya, maka dia meminta agar budak itu tidak berdakwah secara senyap sebagaimana yg dilakukan oleh rahib tersebut tetapi sebaliknya rahib tersebut meminta agar tidak memberitahu mengenainya kpd org ramai. Pesan rahib lagi bhw org mukmin itu meminta kesejahteraan hanya kpd Allah dan jika diuji dia bersabar.
Allah SWT telah mengurniakan kpd budak tadi kelebihan menyembuh penyakit-penyakit, di antaranya adalah mencelikkan penglihatan dan menyembuhkan penyakit sopak, yg mana dia memberitahu bhw penyembuhnya adalah Allah. Sesiapa yg beriman kpd Allah maka Dialah jua penyembuhnya. Budak tadi tetap dlm menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit org ramai. Tersebarlah berita mengenai kehebatan budak tadi kpd salah seorang pegawai istana yg buta. Tanpa berlengah, dia pun memberikan kpd budak tadi upah yg besar utk mengubatinya. Budak tersebut memberitahu bhw penyembuhnya adalah Allah. Jika dia beriman kpd Allah, dia akan berdoa kpd Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus beriman dan penyakitnya disembuhkan dgn berkat doa budak tadi.
Pd suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis yg mana raja berasa hairan terhadap apa yg berlaku kpd pegawai itu. Maka dia bertanya:” Siapakah yg menyembuhkan penglihatanmu?” Lalu pegawai tersebut menjawab: “Tuhanku.” Maka raja tersebut bertanya lagi: “Adakah bg kamu tuhan selain daripadaku?” Pegawai itu menjawab: “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”
Maka raja tersebut begitu marah apabila mendengar jawapan tersebut, yg mana dia menganggap bhw kata-kata pegawainya tadi boleh membawa kpd fitnah yg besar dan boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Ini akan menyebabkan rakyat akan merasa bhw selama ini mereka telah ditipu dgn dakwaan raja yg mendakwa dirinya sebagai tuhan yg patut disembah selain dr Allah dan menganggap dirinya sebagai tuhan manusia. Tukang-tukang sihir dan pegawai-pegawai yg jahat itu bekerja siang dan malam utk memperbaiki aqidah pegawai tadi. Maka gementarlah hati raja tersebut krn bimbang takhta pemerintahannya akan tergugat. Dia telah menyeksa pegawai itu sehinggalah pegawai itu mengkhabarkan perihal budak tersebut.
Apabila budak tadi datang ke istana, raja itu menyangka bhw budak tadi telah mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil dr tunjuk ajar tukang sihirnya. Ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali apabila budak tersebut mengingkari sihir dan tukang sihir baginda. Dia memberitahu mereka bhw dia tidak menggunakan ilmu sihir utk mengukuhkan kedudukan takhta dan menyembah raja itu. Sebaliknya dia akan berdakwah kpd manusia supaya mengingkari raja tersebut dan beriman kpd Allah SWT yg Maha Esa.
Maka raja tersebut pun menyeksa budak tadi dgn tujuan utk mengetahui punca fitnah yg berlaku kepadanya sehinggalah budak tadi memberitahu mengenai rahib yg mengajarnya. Maka diazabnya rahib tadi agar meninggalkan agamanya, namun dia enggan dan tetap bersabar sehinggalah sampai ke kemuncaknya yg mana badannya dibelah dua dgn gergaji. Begitu juga yg berlaku kpd pegawainya yg beriman itu. Begitulah pemuda yg sabar di dlm menahan azab ketika dlm mehnah dan ujian dgn mengutamakan iman drp nyawa mereka. Walaupun mereka diuji dgn azab, namun pd hakikatnya mereka berada dlm pertolongan dan perlindungan Allah SWT serta mendapat keredaanNya, dgn memperolehi syurga dan dijauhkan drp azab neraka serta pd hari qiamat mereka ditolong oleh Allah SWT.
Raja tersebut cuba utk mempengaruhi budak tadi krn dia boleh mengukuhkan kedudukannya jika dia kembali kpd agama asalnya. Tambahan pula bapanya adalah drp kalangan pembesar negara, maka raja itu tidak mahu menimbulkan kemarahan bapa budak tersebut dan kekecohan di kalangan kaumnya. Setelah gagal melembutkan hati budak tadi, mereka merancang utk membunuhnya dgn pelbagai cara di samping masih memberi peluang kpd budak tadi utk kembali kpd aqidah asalnya.
Rancangan pertama ialah menghantar budak tadi ke puncak gunung utk dihumbankan ke lembah yg curam. Lalu budak itu berdoa kpd Tuhan. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua pegawai-pegawai raja ke dlm lurah yg dlm itu. Kembalilah budak tadi kpd raja dgn selamatnya dan memberitahu nasib yg menimpa pegawai-pegawai yg bersamanya tadi.
Selepas gagal cubaaan pertama, lalu dihantar pula ke tgh laut utk dihumbankan ke dasar lautan jika dia masih enggan kembali ke agama asalnya. Maka berdoalah budak tadi kpd Tuhannya. Doanya dimaqbulkan yg mana kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah SWT. Budak tadi kembali semula kpd raja dgn selamatnya.
Suatu peringatan yg penting di sini ialah mengenai tindakan budak tadi, yg mana dia tidak terus melarikan diri setelah diselamatkan Allah SWT, tetapi dia tetap kembali kpd raja tersebut. Ini adalah krn dia tidak berniat utk menyelamatkan dirinya semata-mata tetapi bertujuan utk menzahirkan agama Allah SWT dan meninggikan kalimahNya. Setiap perbuatan budak itu menjadi buah mulut org ramai di majlis-majlis dan perayaan-perayaan terutamanya berkaitan dgn keberaniannya dlm menghadapi pemerintah yg zalim itu tanpa rasa gentar dan takut. Sebenarnya org ramai tidak mempercayai segala dakwaan raja mereka tetapi krn kezaliman raja tersebut, maka mereka terpaksa menyembunyikan perkara ini.
Raja menyedari akan kelemahannya utk membunuh budak tersebut. Akhirnya budak itu sendiri memberitahu raja ttg satu-satunya cara yg membolehkan dirinya dibunuh. Budak tadi meminta raja tersebut supaya mengumpulkan org ramai di suatu tempat dan mengikatnya pd suatu batang kayu. Kemudian raja mengambil anak panah drp simpanannya dan memanah budak tersebut dgn berkata: “Dgn nama Allah SWT, Tuhan budak ini.” Lalu raja pun melaksanakan cara yg diajarkan oleh budak itu.
Kematian budak tadi melambangkan kebenaran aqidahnya, krn dia hanya berjaya dibunuh setelah raja tersebut memanahnya dgn anak panah yg diambil dr simpanan budak itu sendiri sambil melafazkan nama Allah SWT. Jika tidak, maka raja tersebut akan tetap menemui jalan buntu dlm mencari jalan utk membunuhnya.
Jika perkara ini terjadi pd zaman kita maka sudah tentu menjadi satu perbalahan dan perbahasan kpd sesetengah org yg tidak mendalami dlm bidang agama, ttg sejauh mana kebenaran perbuatan budak tadi. Adakah patut dia menunjukkan jalan yg boleh menyebabkan kematiannya kpd raja tersebut?
Sesetengah org yg cetek ilmunya pula akan mendakwa bhw perbuatan budak tadi termasuk dlm perbuatan membunuh diri. Sebenarnya membunuh diri adalah perbuatan org yg berputus asa dan mahu lari drp kehidupannya yg sebenar. Sedangkan budak tadi dan org-org yg sepertinya adalah mereka yg sanggup berkorban jiwa raga mereka utk menyebarkan dan mempertahankan keislaman dan keimanan mereka. Merekalah yg menentang kejahatan org yg berbuat kerosakan dan ini merupakan herdikan kpd org kafir.
Bukanlah budak tadi seorang yg bodoh menuntut kematian, bahkan dia sebenarnya berharap bhw dgn kematiannya itu akan dapat mengajak org lain ke arah keimanan kpd Allah SWT dan menentang thaghut tersebut. Kadang-kadang ketakutan yg ada pd diri manusia menyebabkan mereka terhalang drp mengikuti kebenaran dan dlm memperkatakan kebenaran tersebut. Tampilnya budak tadi dgn mengorbankan dirinya tanpa menghiraukan raja dan pegawai-pegawainya menjadi contoh kpd org ramai dlm menyatakan kebenarannya.
Setelah budak tersebut hampir menemui ajalnya, dgn perasaan lega raja tersebut menyangka bhw telah berakhir fitnah terhadapnya dan telah selesai urusannya dgn cara mengikis punca dan akar umbi lawannya itu. Tiba-tiba datang pegawainya dgn tergesa-gesa dan memberitahu bhw telah terjadi perkara yg paling ditakuti oleh raja itu sendiri, iaitu berimannya org ramai kpd Allah SWT. Maka dgn ini tercapailah segala hasrat dan tujuan budak tersebut, dgn cara mengikis perasaan takut org ramai tanpa menghiraukan raja berserta pegawainya dan menjadikan pengorbanan dirinya di jalan Allah SWT sebagai suatu wasilah utk org ramai beriman dan mentauhidkan Allah SWT.
Kemarahan raja tersebut sampai ke kemuncaknya, yg mana dgn segera dia mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya utk menggali parit dan menyalakan api ke dalamnya, dan setelah itu menghumbankan setiap org yg tidak mahu kembali kpd agamanya yg asal. Namun semua org lebih rela dihumbankan ke dlm api tersebut krn api neraka di hari qiamat lebih ditakuti oleh mereka drp api dunia yg jauh bezanya. Begitulah mauqif dan pendirian org mukmin yg sebenarnya.
Suatu peristiwa yg penting di dlm kisah yg bersejarah ini adalah peristiwa seorang wanita yg masih mempunyai anak kecil di dlm pangkuannya yg masih menyusu. Apabila dia menghampiri jurang api tersebut, hampir-hampir dia mahu kembali ke agamanya yg asal. Lalu dgn izin Allah SWT anak yg kecil tersebut dapat bercakap dan menyuruh ibunya agar bersabar krn dia berada di dlm kebenaran. Itulah kebesaran Allah SWT utk mengukuhkan kedudukan dan keimanan org mukmin.
Allah SWT telah merakamkan kisah pembakaran mereka di dlm ayat 8 hingga 9 surah al-Buruj yg bermaksud: “Dan mereka tidak menyiksa org-org mukmin itu melainkan krn mereka itu beriman kpd Allah yg Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, yg mempunyai kerajaan di langit, dan di bumi dan Allah maha menyaksikan segala sesuatu.”
Begitulah kezaliman dan sifat melampau raja dan pembesar-pembesarnya tersebut yg sanggup membakar rakyatnya sendiri krn tidak mengikut jalan dan cara yg diciptakan oleh mereka. Bg mereka perkara yg penting ialah dapat mengekalkan raja dan mempertahankannya, bg sesiapa yg ingkar pula dibakar hidup-hidup.
Pengajaran kisah:
1. Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong budak dlm kisah ini. Kaum yg selama ini berada dlm kesesatan dan kezaliman akhirnya mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yg berlaku kpd budak itu. Allah SWT sentiasa membantu mereka yg menegakkan dan memelihara serta mempertahankan agamaNya.
2. Allah mampu membangkitkan pendakwah pd agamaNya drp kalangan org yg mana pd mulanya dianggap pengukuh kpd kerajaan thaghut sebagaimana budak di dlm kisah ini. Pd mulanya budak itu menjadi murid kpd tukang sihir tetapi akhirnya dia beriman kpd Allah melalui pengajian yg di perolehi drp rahib dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kpd kerajaan yg zalim itu.
3. Iman tidak memerlukan masa yg panjang setelah diberi hidayah oleh Allah di dalam hati manusia sebagaimana yg terjadi kpd kaum dlm kisah ini.
4. Allah mengurniakan karamah (kemuliaan) kpd wali-waliNya utk mengukuhkan lagi keimanan dan keyakinan mereka.Karamah itu juga ujian bagi mereka.
5. Org kafir akan sentiasa bermusuh dgn org yg beriman, sebagaimana raja tersebut menggergaji rahib dan pegawai raja yg telah beriman kpd Allah.
6. Kita wajib bersabar dlm menempuh ujian, sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yg telah dihumbankan ke dlm lubang api.Moga-moga ditetapkan Iman oleh Allah SWT.
7. Dibolehkan membuat helah dlm peperangan dan perkara yg bertujuan utk menegakkan kebenaran dan mengikut hukum syarak iaitu berilmu dan beramal.
8. Org yg jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi oleh org lain, sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya kpd org lain utk menyesatkan manusia. Maka Islam pun patut menekan pembelajaran FARDHU AIN untuk mengukuhkan Iman.
9. Mereka yg benar-benar yakin, istiqamah dan ikhlas dlm perjuangan sahaja yg akan mendapat kemenangan. Dan sebagai jemaah kita patut mengikut sesiapa yang berpegang kepada kitabullah iaitu hukum dan tali Allah. Islam.
Kesimpulan:
Sebagai seorang yg beriman kpd Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya. Serahkanlah segala urusan dan penentuan hanya kpd Allah. Barangsiapa yakin kpd Allah, maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah krn ia akan membawa kpd keberkatan dan kebahagiaan. Sesiapa yg menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serta menetapkannya dlm agama Islam.
Allahu a’lam bisshawab.
Biografi:
1) Al-Quran al-Karim
2) Ma’a Qisosu Sabiqin, Dr Solah al-Khalidi
3) Qishas an-Nabawi, Dr Umar al-Asyqar
Sumber http://sirah.blogsome.com/2005/09/17/kisah-ashabul-ukhdud/#more-11 dan sedikit olahan :) selamat beramal
Selasa, 2 November 2010
Surat kepada khalifah Umar Al-Khaththab.
"Dari Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan Mu'adz bin Jabal, kepada Umar bin Al-Khaththab. Kesejahteraan semoga dilirnpahkan kepadamu. Amma ba'd.
Kami nasihatkan kepadamu, sehubungan dengan tugasmu yang amat penting ini. Kini engkau sudah menjadi pemimpin ummat ini, apa pun warna kulitnya. Di hadapanmu akan duduk orang yang mulia dan yang hina, musuh dan teman. Masing-masing harus engkau perlakukan secara adil. Maka pikirkan kedudukanmu dalam hal ini wahai Umar. Kami ingin mengingatkan kepadamu tentang suatu hari yang pada saat itu wajah-wahaj manusia akan mengisut, wajah mengering dan hujjah-hujjah akan terputus karena ada hujjah Sang Penguasa yang memaksa mereka dengan kekuasaan-Nya. Semua makhluk akan dihimpun di hadapan-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya.
Kami juga ingin memberitahukan bahwa keadaan umat ini akan muncul kembali pada akhir zaman, yang boleh jadi mereka akan menjadi saudara di luarnya saja, padahal mereka adalah musuh dalam selimut. Kami berlindung kepada Allah agar surat kami ini tiba di tanganmu bukan di suatu tempat seperti yang turun pada hati kami. Kami perlu menulis surat ini sekedar untuk memberikan nasihat kepadamu. wassalamu alaika."
Sumber: http://takazakisah.blogspot.com/2010/05/nasihat-rakyat-kepada-pemimpin.html
Pentakde:
*kenapa aku melihat pemerintah aku seperti memberi dunia pada rakyatnya....
*Rakyat pula seperti tidak tahu apa-apa..tapi berlagak tahu...tapi tidak berbuat apa2...walaupun ada kuasa mengubahkan ...herm....demokrasi demokrasi....herm demokrasi kononnyalah...
Ahad, 31 Oktober 2010
Solat Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi,
niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah
mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :
-Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah
- Barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak 4 rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat
- Barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut
- Barangsiapa menunaikanyan sebanyak 8 rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat
- Barang siapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).
Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
*sumber http://tehsecawan.blogspot.com/2010/10/solat-dhuha.html
Pentakde:
-Amalan sunat akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah.... Apabila selesai yang WAJIB maka lakukanlah yang Sunat.....Sembahyang Sunat Dhuha adalah salah satu darinya ...Beristiqamahlah melakukannya... InsyaAllah
-Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali .... Selamat beramal... :-)
Rabu, 27 Oktober 2010
Mencari Salah Diri Sendiri
---------------------------------------------------------------------------------------------
Tajuk Pembualan:
DUIT KENA CURI?......kerajaan dok saja ka? kesian orang dok bawah jambatan ..fakir miskin dipinggirkan... tapi buat projek juta2 dan billion2...pelik2
*bukan nak cari salah...tapi cuma pelik....HANGPA semua tak pelik ka...
http://www.malaysiakini.com/news/146552
Comment :
Hamba Allah : kadang2 ada jgk yg terlepas pandang..biasa la...sebagai makhluk biasa pasti x lepas dr kesilapan...
Pentakde : sape yang terlepas pandang?
Hamba Allah : kerajaan ler...kan issue kerajaan ker ni??hehe...aku suka nyebok kat shout ang...
Pentakde : tak pelik ke?
Hamba Allah : lumrah kejadian...suka mencari kesilapan org walaupun mulut mengatakan tidak... :-)
Pentakde : kerana aku tidak mencari tetapi di"beri"kan salah orang itu untuk aku ...
"Peliharalah diri kalian dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang zalim saja di antara kalian. Ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya." (QS al-Anfal [...8]: 25).
Rasulullah saw. dengan sabdanya:
مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُوْدِ اللهِ وَالْوَاقِعِ فِيْهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوْا عَلَى سَفِيْنَةِ فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلَاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا فَكَانَ الَّذِيْنَ فِيْ أَسْفَلَهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنَ الْمَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ فَقَالُوْا لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا ِفي نَصِيْبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا فَإِنْ يَتْرُكُوْهُمْ وَمَا أَرَادُوْا هَلَكُوْا جَمِيْعًا وَإِنْ أَخَذُوْا عَلَى أَيِدِيْهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيْعاً
Perumpamaan orang-orang yang menegakkan hukum-hukum Allah dan orang-orang yang melanggarnya bagaikan suatu kaum yang berbagi-bagi tempat di sebuah kapal, sebagian dari mereka ada yang mendapatkan bagian atas kapal, dan sebagian lainnya mendapatkan bagian bawahnya. Orang-orang yang berada di bagian bawah kapal, jika hendak mengambil air, melewati orang-orang yang berada di atas mereka. Mereka berkata, “Seandainya kita melubangi bagian kita dari kapal ini, niscaya kita tidak akan mengganggu orang-orang yang berada di atas kita.” Apabila mereka semua membiarkan orang-orang tersebut melaksanakan keinginannya, niscaya mereka semua akan binasa; jika mereka mencegah orang-orang tersebut, niscaya mereka selamat dan menyelatkan semuanya. (HR al-Bukhari).
* minta maaf...kerana aku bukan penghafal quran/hadis...jadi aku kena copy paste..harap maklum
Hamba Allah : hmmm..slh 1 cr terbaik...beramai2lah undi PAS utk kebaikan sejagat... :-)
Pentakde : yerker? itu ke jalan penyelesaian? pelik2...
Hamba Allah : bkn itu ker?? PAS kan mengamalkan hukum hudud...hukum yg diturunkan Allah...kte smua sbg muslim kan sedia maklum..tiada yg terbaik utk kita melainkan dgn kembali kpd Allah..pelik ker?? :-)
Pentakde : dah amal ke hukum hududnya? tak pernah dengar plak kelantan dah guna pakai hukum hudud? tu yang pelik .... kenape ek?
Hamba Allah :huhuhu....cmner nk laksana klo kerajaan x bg...lg pun bkn itu matlamat PAS ker?bila dpt kuasai negara,diorg akan laksana hukum hudud kan??
Pentakde :
Wallahu'alam...jika PAS belum memerintah aku tiada jawapan untuk itu....tapi aku nak tekan kan disini adalah secara masyarakat itu sendiri...kalau aku salahkan UMNO secara total...maka yang sebenarnya aku yang salah....jika aku salahkan PAS... secara total...maka yang sebenarnya aku aku yang salah...kerana kedua-duanya adalah pilihan rakyat...maka jika aku salahkan rakyat....aku juga patut disalahkan juga kerana "akulah rakyat itu".....tak semestinya aku mengundi yang betul aku tak disalahkan...JIKA NAK MENGUNDI PUN PERLUKAN ILMU ...carilah ilmu yang boleh selamatkan kita di akhirat bukan untuk kekayaan dunia semata2
Wallahu'alam
*lagi elok malam sebelum mengundi tu sembahyang sunat Isthikarah.. :)
mengundilah kerana Allah maka kamu tahu siapa akan kamu pilih sebagai pemerintah kamu...
---------------------------------------------------------------------------------------------------
diatas adalah tajuk dan comment di antara salah seorang hamba Allah iaitu sahabat pentakde dan comment pentakde. Apa yang dikatakan oleh sahabat pentakde juga adalah betul. Apa yang nak ditekankan adalah Tanggungjawab anda sebagai Rakyat yang berugama ISLAM. Hanya Sebagai Renungan
Hidup dan MATI anak ADAM
… Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:
1. Sedekah yang berjalan terus [sedekah amal jariah]. 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada 7 macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
Dari Ummi Salamah katanya: Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi s.a.w menutupnya, kemudian Baginda bersabda:
“Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu)”; (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda s.a.w bersabda:
“Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang kamu katakan – baik atau buruk”, kemudian Baginda s.a.w berdoa dengan sabdanya:
“Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya.”
~ Ummi Salamah




