Jawapan Servey

1. Apakah maksud bid'ah? - bida’ah dari segi bahasa adalah perkara baru yang tiada contoh sebelumnya. Dari segi syarak pula adalah ibadah baru yang tiada contoh dari al-quran dan hadis ini merujuk kepada hadis.
Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat. Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan sahih”. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunanmereka. Demikian juga oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, jld. 1, m.s. 288).
2. Berapakah jenis bid'ah?(jawapan mesti dalam bentuk nombor) - tidak ditetapkan jenis bid’ah, setiap ulamak yang membahasnya ada yang mengata 2 jenis seperti imam syafie, ada yang kata 5 jenis iaitu al-Imam ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salamrahimahulla,
3. Nyatakan jenis bid'ah tersebut? - jika yang jawab mengikut imam syafie adalah bid’ah hasanah dan bid’ah dolalah. Jika jawab ikut al-imam ‘izz al-din ‘abd alsalam pula, bid’ah wajib, bid’ah sunat, bid’ah harus, bid’ah makruh dan bid’ah haram. Ni semua ijtihad…. Bg saya, cenderung kepada perbahasan imam syatibi dalam hal bid’ah. Ini tidak bermakna imam yang lain salah….yang problem adalah pemahaman mereka(orang ramai) terhadap maksud bid’ah dalam agama…. Sila rujuk link ini utk lebih faham http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/index.htm
4. Apakah maksud “khilaf ulamak”? - perbezaan pendapat diantara ulamak…lazimnya dalam perkara cabang…. 5. Adakah semua khilaf tersebut boleh digunakan oleh umat islam? - Boleh jadi ada yang salah dan boleh jadi ada yang betul sebab ulamak juga manusia biasa.. salahnya mereka diberi kemaafan dan mendapat pahala…..jika betul diberi dua kali pahala… Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, إِذَا َاجْتَهَدَ الْحَاكِمُ فَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذََا اجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ “Jika seorang hakim berijtihad lalu benar, maka ia berhak mendapat dua pahala, namun jika ia berijtihad lalu salah, maka ia mendapat satu pahala” riwayat al-bukhari dan muslim Cuma kita apabila ketahui ijtihad ulamak itu salah maka janganlah kita mengikutinya pula utk menghormatinya…sebagaimana kata imam syafie: “Setiap apa yang aku katakana, sedangkan dari nabi SAW terdapat hadis sahih yg bertentangan dengan perkataanku, maka hadis Nabi SAW adalah lebih utama, oleh itu janganlah kamu mengikut aku(dalam hal tersebut)”…..tetapi berhati-hatilah dengan ulamak jahat..sememangnya mereka wujud…untuk mengesan mereka maka perlulah kita mempelajari prinsip keilmuan itu sendiri… 6. Apakah itu wahabi? - wahabi adalah gelaran yang diberikan kepada mereka yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab. Gelaran ini dikatakan diberikan oleh pihak british/yahudi kepada golongan gerakan Muhammad bin abdul wahab kerana ingin memecah belahkan umat islam… tapi dimalaysia pelik skit… orang yang berlainan pendapat di tuduh wahabi… sedangkan wahabi tiada satupon istilah tepat ….sebab yang reka pon british dan mereka yang membenci golongan Muhammad bin abdul wahab pon mengunakannya.
7. Adakah wahabi itu baik atau jahat? - jika wahabi ini dirujuk kepada golongan pengikut Muhammad bin abdul wahab maka ketahuilah mereka ini adalah penentang khurafat dan tahyol dizaman mereka….. maka mereka yang ditentang membenci mereka(wahabi) kerana menentang amalan2 mereka….mungkin ada pendekatan tentangan mereka(wahabi) terhadap khurafat dan tahyol ada yang agak keras…wallahu’alam
8. Apakah itu salaf? - adalah tiga generasi Muslim awal yaitu para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in. ini merujuk kepada hadis Nabi SAW : “Masyarakat terbaik adalah mereka yang hidup dalam generasiku, kemudian generasi setelahnya, dan generasi setelahnya.” Hadis riwayat al-bukhari 9. Adakah salaf itu baik atau jahat? - Of Course la BAIK… orang yang mengikut mereka pula digelar salafi dan mereka juga mengelarkan diri mereka salafi…… 10. Dimana Allah? - soalan ini adalah soalan kontroversi dan jawapannya adalah berbeza mengikut aliran –aliran masing… tapi penulis(saya) lebih cenderung kepada jawapan yang terdapat dalam al-quran dan hadis tanpa mentakwilnya…cth: Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?, Surah al-Mulk ayat 16
(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas 'Arsy.. Surah Taha ayat 5
Kamu semua telah dikahwinkan oleh keluarga kamu (dengan Rasulullah saw) , tetapi aku telah dikahwikan oleh Allah swt dari atas tujuh langit.(HR Imam Bukhari : 6870 , Tirmizi : 3137 . Lafaz adalah lafaz Tirmizi dan ia mengatakan bahawa hadis ini hasan sahih )
Kata-kata Imam Wakii’ Ibnu Jarrah ( Guru Imam As-Syafie ) : “Kita menerima segala hadis-hadis yang menceritakan tentang persoalan nama dan sifat-sifat Allah swt sebagaimana yang telah diriwayatkan dan kita tidak mempersoalkan bagaimana bentuk caranya atau kenapa ia dikatakan begitu.” ( Abu Abd Rahman Abdullah bin Ahmad bin Muhamad bin hanbal , Kitab as-Sunnah , tahqiq Dr.Muhammad Sa’id al-Qahthoni , Jld 1 , ms.267 ) 11. Berapakah sifat Allah?(jawab dalam nombor) 99 (mengikut nama-namanya)
12. Adakah tahlil arwah itu bidaah? - bid’ah
13. Jika jawapan anda bid'ah, nyatakan jenisnya dan kenapa?(skip soalan ini jika jawapan anda bukan bid'ah) 14. Jika jawapan selain bid'ah, nyatakan apa dan kenapa? - dolalah kerana tiada contoh dari nabi SAW… ia direka oleh umat kemudian.. 15. Setiap kali ada kematian, lazimnya mereka akan sedekah al-fatihah, adakah ini sunnah atau bid'ah?Jika anda pilih bid'ah, nyatakan jenisnya dan kenapa? Jika sunnah, kenapa ia sunnah? - bid’ah dolalah jika si pembuat sangka ia adalah dari agama(syariat) kerana tiada sumber dari al-quran dan as-sunnah… adapun yang dibenarkan berdoa secara umum… iaitu cthnya seperti “wahai tuhanku Allah, segala puji bagimu, jika terdapat pahala pada bacaan fatihah(tidak semestinya alfatihah) ku tadi maka aku sedeqahkan kepada simati”… maka atas kehendak Allah sampai ataupun tidak….. wallahu’alam
16. Apakah sunnah dan sunat itu sama maksud? - lain. 
17. Nyatakan maksud sunnah? - Sunnah adalah perbuatan, percakapan nabi SAW
18. Nyatakan maksud sunat? - Sunat pula adalah hukum.jika dibuat berpahala dan tidak buat maka tidak berdosa

Ulasan

Catatan Popular