Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ‘ Agama itu adalah nasihat. ‘ Kami sekelian bertanya : ‘ Untuk siapa ? ‘ Maka jawab Rasulullah SAW : ‘ Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. ‘
Ahad, 27 Mac 2011
Wahai Wanita Bersedekahlah ...
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami!” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Label:
Amalan,
Hadis,
HIDUP dan MATI,
INFO2U,
Kekasih Allah,
Love,
Nasihat,
Para Sahabat,
Takwa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan