Riba lebih Hina dari Zina....

Assalamualaikum,

Rasulullah S.A.W. mengingatkan dalam satu hadis yang cukup mendalam maksudnya :
Maksudnya; "Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya." (al-Tabrani, 7/158, al-Hakim)

Rasulullah S.A.W. bersabda :
maksudnya; "Individu yang memberi (riba) dan yang mengambilnya adalah sama." (Riwayat Muslim).

Bukan ingin merendahkan dosa Zina tetapi Allah dan rasul-Nya telah mengisytiharkan PERANG ke atas orang yang tidak meninggalkan riba. Maka sesiapa yang BERIMAN dengan Allah dan Rasul-nya maka WAJIB baginya meninggalkan RIBA.

KALAU TAK TAU PASAL RIBA MARI SAMA-SAMA KITA BELAJAR.

MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU.

SEMOGA ALLAH MEREDHAI HIDUP KITA.

FIRMAN ALLAH : Al Baqarah :275-280



Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.




Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.




Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.



Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.




Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.




Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

1) Riba Ad-Duyun ( Muncul dari Hutang) : Iaitu kadar lebihan faedah (Riba) yang terhasil disebabkan tempoh.

Ia terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu :-
a- Riba al-Qardh : Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih dari jumlah pinjaman pokok yang mana ianya telah disyaratkan di awal kontrak pinjaman (loan contract), dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam.
b- Riba al-Jahiliyyah : Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pinjaman pokok yang dikenakan akibat si peminjam gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh yang telah dipersetujui. Akibatnya si pemberi pinjam akan mengenakan kadar denda ke atas si peminjam kerana minta tangguh pembyaran hutang atau gagal membayar hutang dalam waktu yang ditetapkan.

2) Riba al-Buyu’ (Muncul dari Jual Beli Barangan Ribawi) :
Keterangannya : Iaitu ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua item ribawi atau pertukarannya di buat secara tangguh.

Ia juga terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu :-
a- Riba An-Nasak : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS secara tangguh (tidak disempurnakan dalam satu masa).

Contohnya :- 5 gram emas di jual dengan harga RM200; atau RM3,800 dijual dengan harga USD1,000 secara tangguh
Riba akan muncul apabila transaksi di atas berlaku secara tangguh. Dalam konteks semasa, Riba akan berlaku apabila wanita masa kini membeli emas secara tangguh.

b- Riba al-Fadhl : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti).

Contohnya : Menukar 5 gram emas (jenis 916 ) dengan 6 gram emas (jenis kualiti 750) : HARAM kerana sepatutnya kedua-duanya 5 gram.

UNSUR-UNSUR RIBA YANG TERDAPAT DALAM SISTEM PERBANKAN SECARA UMUMNYA

Jawapan bagi soalan ini amat panjang, ringkasnya seperti berikut :-
PERTAMA : Riba dalam pinjaman. Apabila seorang pelanggan datang ke sebuah Bank Konvensional atau sebarang Institusi Kewangan yang tidak menawarkan produk Islam; lalu ingin membuat pinjaman untuk :-
• a- Membeli kereta ( Car Loan )
• b- Membeli rumah ( Home Loan )
• c- Mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft )
• d- Membeli mesin dan alatan untuk syarikat ( Hire Purchase Loan )
• e- Membuat pinjaman peribadi ( Personal Loan )
Ketika itu, proses pinjam meminjam di antara kedua-dua pihak akan dibuat. Sebagai contoh di Bank Konvensional hari ini : atas permintaan si pelanggan B, Bank A memberi pinjaman RM 100,000 kepada pelanggan B, tetapi Bank menetapkan bunga atau faedah atau interest sebanyak 8 % daripada jumlah pinjaman itu ( RM 8,000) di bawah nama interest bagi membolehkan pelanggan mendapat wang yang diperlukan. 8 % ITULAH YANG DINAMAKAN RIBA AD-DUYUN JENIS AL-QARD .

KEDUA : Riba dalam Akaun simpanan dan pelaburan. Ia berlaku apabila pelanggan meletakkan wangnya di dalam akaun :-
• 1) Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).
• 2) Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).
KETIGA : Riba dalam Kad Kredit
KEEMPAT : Riba Dalam Insuran Konvensional
KELIMA : Riba yang berlaku dalam jual beli barang kemas (emas) dengan secara ansuran

SUMBER:
Ustaz Zaharuddin

Catatan Popular