syubahat = syubhah

Hadis Keenam: Hadis 40 Imam Nawawi

“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.

Pokok Perbincangan Hadis :
1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :
Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik.
manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.
2) Perkara-perkara Syubhat :
berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.
yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.
3) Bila berhadapan dengan syubhat :
tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.
syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat).
tinggalkan syubhat - sifat wara’ - sempurna iman.
4) Peranan Hati :
banyak ayat ditujukan pada hati (hadis - aqal terletak dihati)
hati berpenyakit - jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.
Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya
melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.
Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi,
demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.
Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan
terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru
kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang
lain.


"wa ila huna faqod. .ilal liqoq" thanks to K.A :)

Catatan Popular